SELAMAT DATANG

Wednesday, September 14, 2011

Korea -Jeju Island

Korea : Jeju Island



Jeju Island, also known as the "Island of the Gods," is a popular vacation spot for Koreans and many Japanese. It remains one of the top honeymoon destinations for Korean newlyweds. The island's mixture of volcanic rock, frequent rains, and temperate climate, make it very similar to the Hawaiian Islands in the U.S. The island offers visitors a wide range of activities: hiking on Halla-San (South Korea's highest peak), catching sunrises and sunsets over the ocean, viewing majestic waterfalls, riding horses, or just lying around on the sandy beaches.



Although tourism is one of the main industries on the island, many of the hotels and other tourist areas are run by mainland companies, so much of the income never gets put back into the local economy. Also, since the attractions are geared towards tourists, many of the entrance fees can be hefty (although the locally owned and operated ones tend to be cheaper). Similar to Gyeongju and some other areas, local residents can enter most places for free or for a steeply discounted price.

Lodging
Jeju (Cheju) Island has 20 lodging facilities listed with Life in Korea.

Transportation
Bicycle: Given Jeju's wide expanses, bicycling here is much safer than in most of Korea. Many of the roads have sufficient room to ride along the edge, and some even have special bike lanes- not just a painted line between you and traffic, but a separate road with curbs between you and the drivers. Unfortunately, many of the local residents are convinced that the bikes lanes were actually built especially for them to dry their seeds and herbs, so in some places you may have to take short detours onto the road.


Boat: The ferry terminals in Jeju City has daily boats to Busan, Yeosu, Mokp'o, Wando, Noktong, and Incheon on the mainland, as well as several boats to Japan . Several other smaller ports have boats to the outlying islands of Kapa-do, Mara-do, Piyang-do, and U-do.
Bus: The bus terminal in Jeju City has buses to numerous destinations around the island. Most do circuits between here and Seogwip'o or Jungmun Resort on the south coast, stopping at various points of interest along the way. Several Jeju City buses criss-cross the city. The main bus is #100, running between the airport and the port, passing the bus terminal and most major hotels. Major hotels and tourist agencies run 1- and 2-day tours around the island.
Car: Several rental car agencies have various models for hire, starting from around W35,000 per half day.
Plane: Jeju International Airport has several flights daily via Korean Air and Asiana to Seoul, Busan, Daegu, Jinju, Kunsan, Gwangju, Mokp'o, P'ohang, Ulsan, Yecheon, and Yeosu. Domestic flights have an airport tax of W3,000. It also has international flights to Japan: Fukuoka, Nagoya, Osaka, and Tokyo. International flights have an airport tax of W9,000.

Food and Drink:
Besides tourism, Cheju's main industries are fishing and agriculture. Fresh fish, squid, octopus, sea cucumber, and various other creatures can be easily bought in markets, restaurants, and even right on the beach. Cheju's tropical weather and high preciptation are perfect for growing pineapples and tangerines. The island is also famouse for its Shitake mushrooms and cactus plants. Honey made from local flowers has a special taste.



Tuesday, September 6, 2011

PERANCIS

Tempat-tempat menarik di Perancis


Menara Eiffel yang dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel untuk Pameran Dunia, tanpa ragu lagi merupakan antara salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal yang terdapat di Perancis.

Ia sangat menakjubkan untuk mengetahui bahawa pada tahun 1909 Menara Eiffel hampir diruntuhkan kerana dilihat sangat buruk dan menyakitkan mata pada masa itu.

2. Musée du Louvre.


Muzium Louvre yang dulu pernah menjadi istana diraja, kini merupakan salah satu muzium kesenian yang terkenal di duni. Ia mempamerkan lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dan juga hasil karya yang mengagumkan dari Michelangelo, Raphael and, Botticelli.

3. Arc du Triomphe.


Arc de Triomphe dan Ave des Champs-Elysées merupakan tempat yang sangat menarik untuk dilihat. Ia dibina oleh Napoleon untuk memperingati kemenangan bersejarah askar-askarnya. Makam Askar Perancis yang Tidak Diketahui juga terletak di sini dan setiap petang nyalaan peringatan akan dinyalakan.

4. Versailles.


Sekiranya anda mampu, cuba melawat Istana Versailles yang dibina pada zaman pemerintahan Louis XIV yang juga dikenali sebagai Raja Matahari (Roi Soleil) yang mempamerkan kekayaan dan kekuasaannya pada masa itu. Versailles hanya terletak kira-kira satu hari perjalanan dari Paris dan tanpa ragu merupakan salah satu tempat yang paling mengujakan anda pernah lihat.

5. Mont St Michel.


Gunung St Michael merupakan kawasan mukabumi Perancis yang terkenal dan terletak berhampiran pesisiran pantai Normandy. Sebenarnya, ia merupakan tempat yang paling kerap dilawati selepas Paris!

Pasti sukar untuk tidak terpegun dengan keindahan pemandangan Gunung St Michael dengan gereja Benedictine yang bercorak seni bina Gothic terletak di puncaknya.

6. Chateaux de la Loire.


Lembah Voire, merupakan taman permainan untuk kerabat diraja dari kurun ke 15 hingga 18, mempamerkan keindahan kediaman kerabat pada zaman itu.

Terdapat beberapa ratus istana di Loire; sesetengahnya amat terkenal seperti Château d´Amboise, Chambord, Chenonceau, Blois dan Cheverny.

7. Carcassonne.


Carcassonne yang terletak di kawasan Languedoc merupakan kota bertembok yang terbesar di Eropah dan yang contoh terbaik bagi seni bina zaman pertengahan.

Menara-menara di Carcassonne kelihatan seperti ianya datang daripada cerita dongeng ataupun cerita Walt Disney. Tapi di sini ia sememangnya nyata dan benar. Carcassonne juga merupakan antara kawasan monumen Perancis yang terkenal.

8. Lascaux.



Sebahagian koleksi seni zaman purba boleh didapati di barat daya Perancis.

Lukisan gua, lakran dan ukiran purba yang dapat anda lihat di sini sememangnya mengujakan dan sesetengahnya berusia kira-kira 35,000 tahun dahulu.

Tapak Lascaux (replika) adalah tarikan pelancong yang amat terkenal di Perancis dan terdapat banyak lagi tempat yang berbaloi untuk dilawati.

SHANGHAI


Dewan pameran pelbagai negara dari seluruh dunia yang beraneka bentuknya dalam Taman Ekspo Dunia ini merupakan suatu pemandangan yang amat menarik. Walau demikian, selain dewan-dewan tersebut, terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Shanghai untuk dilawati. Dalam rancangan ini, marilah bersama-sama dengan saya, bersia-siar di metropolitan antarabangsa ini.

Tempat pertama akan saya perkenalkan ialah Waitan yang merupakan tempat pelancongan yang mesti dilawati di Shanghai.
Ia terletak di tebing barat Sungai Huangpu, dan luasnya kira-kira 1.5 kilometer persegi. Di sini terdapat sekumpulan 50 buah lebih bangunan lama yang bergaya seni bina Eropah, seperti gaya Gothik, gaya Roman, gaya Barok serta bangunan yang seni binanya merupakan gabungan seni bina China dan Eropah. Kawasan ini dikenali sebagai gambaran sisi Bandar Shanghai. Pemandangan pada waktu senja di Waitan paling mempesonakan. Ramai orang muda yang datang ke sini untuk bertemu dengan kekasih mereka, Ini menjadikan suasana di sini amat romantik. Pada waktu malam pula, lampu hiasan akan dinyalakan. Kita dapat menikmati pemandangan malam yang indah, dengan Menara Televisyen Mutiara Timur yang merupakan mercu tanda Shanghai, dan Bangunan Jinmao bersama-sama menjadikan pemandangan Waitan semakin megah. Shanghai digelar syurga makan, dan syurga membelih-belah. Jadi, jika anda berpeluang melancong ke Shanghai, pastikan anda sempat bersiar-siar di jalan Shanghai dan menikmati kegembiraan membelih-belah.

Jalan Nanjing yang sibuk ini dikenali "Jalan perniagaan pertama di China". Jalan ini mempunyai plaza belih-belah yang besar-besar, kedai makanan dan perubatan yang sejarahnya lebih daripada seratus tahun, serta kedai-kedai lain yang terkenal dan istimewa di China. Selain itu, Jalan Huaihai yang moden dan bergaya tidak patut dilupakan. Di jalan ini, bukan sahaja terdapat kedai jenama fesyen yang diminati oleh generasi muda, tetapi terdapat juga banyak kedai kuih dan kek bagi pengunjung yang ingin berehat dan menghilangkan dahaya. Di kedua-dua tepi jalan ini, bangunnan yang beraneka bentuknya, dan taman-taman serta pokok payung Perancis menghasilkan pemandangan yang menarik. Selain itu, anda juga dapat melihat pelbagai jenis patung yang istimewa, logo, barang perhiasan dan cendermata yang ada imej maskot "Haibao" di atasnya di sepanjang jalan ini. Jangan lupa untuk berhenti dan mengambil gambar dengannya apabila anda bersiar-siar di sini.


Sekarang, marilah kita berehat sekejap dan bersama-sama minum kopi sambil bersantai-santai di tempat pelancongan yang lain. Tempat ini diberi nama "Lapangan Xin Tian Di". Letaknya amat dekat dengan jalan Huaihai. Bangunan di sini berciri seni bina Rumah Shikumen Shanghai lama. Tetapi, dalam lapangan ini terdapat banyak bangunan berciri Eropah, seperti pelbagai jenis bar, restoran makanan asing serta kelab golf. Lapangan yang menggabungkan ciri-ciri budaya tradisi China dan Eropah ini telah merupakan satu tempat yang mewakili dan menjadi lambang bagi budaya romantik dan unik yang hanya dipunyai oleh Shanghai.
Bagaimanapun, Shanghai yang merupakan metropolitan yang moden ini mempunyai pemandangan sosiobudaya yang sejarahnya cukup lama. "Taman Yu" menjadi stesen ketiga kita. Ia mempunyai sejarah lebih 450 tahun dan asalnya merupakan sebuah rumah milik perseorangan. Dalam taman ini banyak barangan warisan budaya, seperti lukisan, kaligrafi, perabot dan tembikar dipamerkan. Taman yang terkenal ini merupakan kawasan perlindungan budaya peringkat negara China. Chenghuangmiao Purba letaknya amat dekat dengan "Taman Yu" ini merupakan sebuah kuil Taoisme. Ada pepatah lama mengatakan "Jika tidak sampai ke Chenghuangmiao, bererti anda belum melancong ke Shanghai." Ini dapat menggambarkan betapa pentingnya Chenghuangmiao ini di Shanghai.

Anda juga dapat menikmati kesedapan makanan ringan tradisional Shanghai di Chenghuangmiao, seperti ketupat daging, popiah goreng, dumpling kukus dan lain-lain.
Lorong Shanghai, yang dikenali sebagai "Nong Tang" merupakan tempat menarik dan istimewa yang terakhir kita dilawati hari ini. Ia menjadi lambang sejarah dan budaya Shanghai lama, umpama "Hu Tong" yang melambangkan Beijing lama. Apa yang penting untuk tunjungkan di sini saya mempromosikan utama ialah lebih 70 buah rumah yang diberi nama "Keluarga Ekspo Dunia 2010" yang terletak dalam Komuniti Daerah Jingan Shanghai. Di sini, anda bukan sahaja dapat mengunjungi budaya lorong Shanghai dan merasai suasananya yang unik dan mempesonakan, malah dapat juga berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang mesra.

Saturday, September 3, 2011

SANDAKAN-AUSTRALIAN MEMORIAL

AUSTRALIAN MEMORIAL

Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.

Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British. Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.


SANDAKAN-AGNES KEITH’S HOUSE

AGNES KEITH’S HOUSE

Agnes Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan dari tahun 1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang konservator pengarah pertanian. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit Merah. Rumah ini telah musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan mengikut reka bentuk Harry Keith. Beliau kembali bertugas selepas perang dunia kedua. Agnes Keith ialah seorang penulis yang mahir dan seorang pemerhati yang tidak berat sebelah. Beliau telah menulis tiga buah buku yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan pada masa itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku bertajuk "Land Below The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri di bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes Keith akan dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.


SANDAKAN-PUU JIH SHIH

PUU JIH SHIH

Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun. Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987. Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.

SANDAKAN-MASJID BESAR SANDAKAN

MASJID BESAR SANDAKAN

Masjid Kecil Sandakan yang pertama, di bina pada awal tahun 1880, masjid tersebut hilang dan tidak dapat di kesan lagi. Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.